"data-auto-format="rspv" data-full-width>
Categories: History

Kisah Si Pemabuk dan Penzina

"data-auto-format="rspv" data-full-width>
"data-auto-format="rspv" data-full-width>

reportasependidikan.com – Kisah ini berlaku di zaman Sultan Murad IV Ghazi. Baginda adalah pemerintah kerajaan Turki Uthmaniyah sekitar tahun 1623 hingga 1640 masehi.

Sultan Murad iv selalu menyamar sebagai orang biasa dan hadir ditengah orang ramai untuk menyaksikan keadaan hidup rakyatnya. Suatu malam, baginda merasa gelisah dan keinginannya untuk keluar dari istana sangat kuat.

Baginda kemudian keluar dari istana tanpa diiringi pengawalnya. Semasa berjalan, Sultan terpandang seorang lelaki yang tersungkur di tepi jalan. Sultan terdetik untuk menegur lelaki itu. Apabila disentuh badan lelaki itu, dia masih kaku. Maka tahulah Sultan yang lelaki itu sebenarnya sudah mati.

Baginda kehairanan kenapa lelaki itu ditinggalkan disini dan tiada seorang pun yang menguruskan mayatnya. Lantas baginda bersuara dengan seruan yang keras. “Mengapa orang ini dibiarkan begini, kenapa mayatnya tidak diurus. Dan dimana keluarganya?”

Orang ramai terpanggil dengan seruan Sultan. Salah seorang dari mereka berkata, “Dia itu seorang pemabuk dan penzina, sebab itulah tiada siapa yang mahu menguruskan mayatnya.” Maka Sultan pun menjawab ” Bukankah dia juga dari ummat Muhammad. Maka sudah menjadi kewajipan kita mengurus mayat ini tidak kira apapun kisah silamnya.”

Orang ramai tersentap mendengar ucapan Sultan. Mereka membantu Sultan mengangkat mayat itu dan dibawa pulang ke rumah. Selepas itu orang ramai segera pulang dan tinggal Sultan sendirian.

Isteri kepada lelaki yang mati itu menangis melihat mayat suaminya. Lalu beliau berkata “Semoga kamu dirahmati Allah. Aku menjadi saksi bahawa kamu seorang lelaki yang soleh dan berhati suci.” Air matanya mencurah-curah. Sultan heran mendengarnya lalu bertanya kepada isteri lelaki itu. “Aku mendengar orang ramai memberi tahu yang lelaki ini adalah seorang pemabuk dan penzina. Bagaimana kamu boleh mengatakan yang suamimu ini seorang yang soleh?”

Isteri lelaki tadi pun menceritakan perihal suaminya. Setiap hari suaminya akan membeli buah anggur dengan banyak sekali. Buah anggur itu kemudian diperam dan akan dicurahkan ke tanah tanpa diminum sedikitpun. Dia memberitahu ku “Aku sudah menyelamatkan sedikit dari peminum arak pada hari ini.” Kemudian setiap malam suaminya akan ke rumah pelacur untuk memberi duit kepada perempuan pelacur itu supaya menutup pintu sampai ke pagi. Lalu dia memberitahu ku yang dia sudah menyelamatkan seorang perempuan dari melakukan perbuatan terkutuk kepada Allah S.W.T.

“Aku ada memberitahu suamiku yang perbuatannya ini pasti akan dipandang serong oleh masyarakat. Malah orang akan menganggap dia sebagai pemabuk dan penzina. Tiada siapa akan menguruskan jenazahnya bila mati nanti.” Kata isteri kepada lelaki tadi. Suaminya pun menjawab “Jangan kamu risau, kerana mayatku akan diuruskan oleh Sultan sendiri.”

Sultan mendengar cerita isteri kepada lelaki tadi merasa takjub dan hiba. Sultan tak dapat menahan air mata lalu menangis. Sultan pun berkata, “Sesungguhnya suamimu berkata benar. Akulah Sultan Murad. Besok kita akan memandikan mayat ini dan menguruskannya.”

Keesokan harinya, Sultan beserta para ulamak dan sekelian rakyat memandikan jenazah itu dan mensolatkannya.
Wallahualam.

 

(Sumber: Kisah Wali Allah)

Recent Posts

Peringatan Maulid Nabi Muhammad SAW di SDI Tamamaung III

REPORTASE PENDIDIKAN - Peringatan maulid nabi Muhammad SAW 12 Rabiul Awal 12 Hijriyah juga digelar di UPTD SPF SD Inpres Tamamaung III…

11 jam ago

SDI Buttatianang II Peringati Maulid Nabi: Meneladani Akhlak Mulia, Wujudkan Generasi Beradab

REPORTASE PENDIDIKAN – Seluruh warga UPTD SPF SD Inpres Buttatianang II Makassar berkumpul dalam suasana khidmat dan penuh kehangatan untuk memperingati…

13 jam ago

SDI Bertingkat Layang Disambangi Tim Penilaian Lomba UKS Terbaik Sekota Makassar

REPORTASE PENDIDIKAN – UPTD SPF SD Inpres Bertingkat Layang kecamatan Bontoala kota Makassar turut mengikuti penilaian Lomba Unit Kesehatan Sekolah (UKS)…

13 jam ago

Perkuat Digitalisasi dan Supervisi, SDI Pannampu III Gelar Bimtek Simantap

REPORTASE PENDIDIKAN – Bimbingan teknik (Bimtek) dengan judul Simantap (Situs Mandiri Terintegrasi Pembelajaran) digelar UPTD SPF SDI Pannampu III kecamatan Tallo kota…

15 jam ago

Peringatan Maulid di SDN Rappocini Diramaikan Lomba Bakul Hias

REPORTASE PENDIDIKAN – Suasana penuh kebersamaan dan kreativitas mewarnai peringatan Maulid Nabi Muhammad SAW di SDN Rappocini, kamis 17 september 2026.…

16 jam ago

SDI Toddopuli I Genjot Persiapan Menuju Sekolah Adiwiyata Nasional

REPORTASE PENDIDIKAN – UPTD SPF SD Inpres Toddopuli I Makassar kini tengah berbenah secara menyeluruh dalam rangka mempersiapkan diri menuju penetapan…

1 hari ago
"data-auto-format="rspv" data-full-width>

This website uses cookies.